TOWING HOTLINE019 929 9339

5 Tips Merancang Perjalanan Balik Kampung

5 Tips Merancang Perjalanan Balik Kampung
05 April, 2024

Hari raya adalah waktu yang paling dinanti-nanti bagi semua orang untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Tidak kira bangsa atau agama , di mana mereka dapat berkumpul dengan ibu bapa, adik-beradik, dan sanak saudara di hari raya. Namun, perjalanan balik kampung tidak selalu lancar, terutama peningkatan kesesakan lalu lintas dan keterbatasan perjalanan selama musim perayaan ini. Untuk membantu Anda merancang perjalanan balik kampung yang lancar, berikut adalah 5 tips yang dapat Anda lakuklan sebelum pulang ke kampung halaman:

1.Rancang perjalanan Anda dengan baik

Jika anda harus balik kampung di penghujung sebelum cuti perayaan bermula, pastikan jadual perjalanan di buat terlebih awal dengan teratur, termasuk waktu keberangkatan dan kepulangan anda. Pastikan untuk mempertimbangkan lalu lintas yang mungkin padat selama musim ini. Jika Anda berencana menggunakan kenderaan umum atau penerbangan, pastikan untuk menempah tiket Anda lebih awal bagi mengelakkan kehabisan tiket pergi dan balik. Listkan semua barang dan kelengkapan bagi mengelakkan barang tertinggal atau patah balik.

2.Periksa kenderaan & tayar anda

Jika Anda akan menggunakan kendaraan pribadi, pastikan kendaraan Anda dalam keadaan baik dan siap untuk perjalanan jauh. Jadualkan servis kereta di mana-mana bengkel, periksa tayar kereta anda dan pastikan semuanya dalam keadaan yang baik.

  • minyak enjin
  • tayar kereta
  • wiper (Pengelap cermin)
  • bateri
  • lampu hadapan / lampu break/lampu signal

“Jika anda sedang mencari Waranti untuk kenderaan anda, anda boleh hubungi kami untuk lebih lanjut. kami di GMR menyediakan pakage mampu milik dan anda boleh merancang perjalanan anda sebelum musim perayaan bermula” – GMR team

2.Keselamatan Rumah 

Sebelum memulakan perjalanan ke kampung halaman, pastikan anda meninggalkan kediaman anda dalam keadaan selamat. Beberapa perkara penting yang harus anda lakukan sebelum keluar rumah seperti :

  • tutup semua punca air dan elektrik (main suiz)
  • jangan tinggalkan barang berharga di kediaman anda (cth : laptop,wang tunai, emas)
  • pastikan kepala tong gas dapur di cabut dari badan tong gas
  • kunci semua jalan masuk ke dalam rumah anda (pintu, tingkap & pagar)
  • elakkan post di laman sosial ketiada anda di rumah
  • maklumkan pada jiran terdekat

 

Anda juga boleh ambil tindakan awal untuk gambar keadaan rumah seblum berangkat bagi mengelakkan jika ada perkara yang tidak di ingini berlaku sebagai bahan bukti. Dengan cara ini anda boleh balik kampung dengan tenang sebelum meninggakan kediaman anda.

3.Rehat secukupnya 

Jika perjalanan ke kampung halaman jauh dan mengambil masa yang lama untuk sampai. Anda haruslah persiapkan diri dengan tidur/rehat secukup dan keadaan badan yang sihat. Elakkan memandu dalam keadaan mengantuk, berhenti jika perlu dia R&R yang berdekatan.

4.Persiapan sepanjang perjalanan

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda membawa bekalan yang cukup seperti , makanan, minuman dan ubat-ubatan yang diperlukan. Terutama sekali bagi mereka yang mempunyai anak kecil haruslah bersedia dengan kelengkapan anak seperti, kerusi bayi untuk keselesaan, susu, pempers & kelengkapan yang lain.

5.Tips pemanduan yang selamat sepanjang perjalanan 

Beberapa tips yang boleh di amalkan dan menjadi peringatan awal semasa dalam perjalanan pulang ke kampung yang bukan sahaja mengelakkan diri daripada di saman, juga mengelakkan kemalangan di jalan raya. Antaranya :

  • patuhi had laju lebuh raya untuk keselamatan anda dan keluarga tersayang
  • pakai tali pinggang keledar
  • gunakan kerusi kanak kanak untuk anak anda sebagai pencegahan awal
  • jangan menggunakan telepon bimbit ketika memandu
  • elakkan menggunakan lorong kecemasan
  • jaga jarak anda dengan kereta hadapan (tidak terlalu rapat)
  • beri perhatian sepenuhnya ketika memandu
  • jika melewati tol, pastikan card anda mempunyai isi yang mencukupi

Semoga dengan tips yang dikongsikan ini, boleh membantu anda merancang awal perjalanan anda dengan lancar dan selamat sebelum sampai ke kampung halaman bagi merayakan hari raya bersama sanak saudara & keluarga tercinta. Pandulah dengan cermat & berhemah, sayangi keluarga anda.

Dengan Ini kami dari GMR mengucapkan

“Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin”

 

 

Say Hello!

    Get in Touch

    GUARD MY RIDE SDN BHD
    No 18-1, Jalan 2/137B,
    Resource Industrial Centre,
    Off Old Klang Road,
    58000 Kuala Lumpur.